POSTED ON Selasa, Mei 31, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim..



       Alhamdulillah diberi kesempatan mencoret lagi di sini sebelum melangkah ke alam baru universiti..post kali ini dedikasi buat diri ana dan juga sahabat yang akan melanjutkan pelajaran...nak cakap apa ya..hmm..lepas SPM masing-masing bawa haluan sendiri kan..yang sambung tingkatan 6 pergi sekolah lagi..masuk maktab perguruan..lepas tu yang dapat tajaan Mara atau JPA buat persediaan sebelum teeeeeerbang..tak kurang juga sahabat-sahabat yang telah dan akan ke IPTA..eh lupa matrikulasi jugak..yang IPTA ada yang dah masuk ad yang akan masuk..UIA,UM,UITM,UPNM dah mula dah..akan datang ana USIM dan juga UNISZA..waduh macam-macam ada dalam fikiran sekarang..takut?sebab ap?lama sangat cuti kan..tapi cuti yang ada ni banyak memberi pengalaman dalam mematangkan diri sendiri..sebelum melangkah ke alam baru iaitu universiti ni yang amat amat jauh berbeza post ni ana dedikasi buat semua sahabat dan diri ana juga..beberapa pesanan la kot kan..

1- Alam universiti ni amat berbeza dengan sekolah..selalu dengar senior cakap macam ni..takut pun ada..tapi takpe kita yakin dengan diri sendiri..cuba sesuaikan diri dengan tempat dan suasana baru..

2- Buat sahabat-sahabat maahad hamidiah sekalian mungkin tempat yang kita pergi tidak seperti maahad..suasana dan juga bi'ah yang wujud kan..apa-apa pun kita kena kuatkan diri ye keluar dari kepompong selesa..itulah cabaran hidup kan..pengalaman mengajar erti hidup..~

3- Kat mana pun kita belajar yang penting niat kita ye..mungkin mula-mula kita semangat tapi lepas tu merudum sikit kan..takpe yang penting kita sama-sama usaha nak istiqamah dan sentiasa tajdid niat apa tujuan kita bila menjejakkan kaki ke tempat baru ni..

4- hmm selalu dengar masalah cintan cintun kat IPT ke kat mana-mana la..lagi-lagi umur macam sekarang ni memang benda ni saaaaangat mengganggu lebih-lebih lagi bila dah mula mencari kan..ana nasihat buat semua dan diri ana juga kalau boleh jangan terjebak dalam perkara sebegini..tapi kalau dah terjebak cuba kita ingat kembali apa manfaat yang kita dapat bila kita terjebak?sama-sama muhasabah diri..

5- Point yang penting jaga agama kita kat mana-mana pun kita berada..sahabat ana selalu pesan ni..insyaAllah Allah akan jaga kita..

6- Point yang paaling penting ingatlah mak ayah kakak abang adik atuk nenek semua la sebelum melakukan sesuatu..fikir panjang-panjang supaya apa pun keputusan yang dibuat adalah keputusan yang tepat..


hmm..rasanya sampai sini je kot..memang banyak lagi yang nak dikongsi tapi masa tak mengizinkan..ana cuba buat post terakhir sebelum ke USIM..doa ana buat sahabat-sahabt dan diri ini juga supaya dapat mencapai cita-cita kita...dipermidahkan segala urusan dunia dan akhirat..umat Islam harus cemerlang!hari ini mesti lebih baik dari semalam..apa-apa pun innama al'amalu binniat...wallahu'alam

sebelum tu sebuah lagu buat semua..




*nota kaki : asif entri yang biasa biasa aje..doakan yang terbaik buat semua sahabat di mana pun anda!


Label: , ,


0 comment(s)
POSTED ON Isnin, Mei 30, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim

               Alhamdulillah hari ini masih lagi Allah pinjamkan kan nyawa kepada kita..post hari ini seperti yang ana maklumkan dalam post yang sebelum ni nak sambung kan?tapi kali ini ana nak mengimbau pulak kenangan di sekolah menengah ana SMKA Maahad Hamidiah Kajang..
            Zaman sekolah rendah dah berlalu..kita tinggalkan zaman itu dan merentas pula ke sekolah menengah..ya..memang sama..sekolah jugak tapi hakikatnya apa yang kita dapat di sekolah rendah dan sekolah menengah itu berbeza..ilmu yang berbeza dan bertambah..pengalaman yang berbeza dan macam-macam lagi..

    ana nak imbau kembali tarikh 16 Januari 2006 iaitu tarikh ana mula mendaftar di maahad..sebelum tu ana masuk SAM Hulu Langat sekejap..tapi ana masih ingat bila ana dapat je surat tawaran dari maahad memang sangat gembira..memang nak sangat pergi walaupun sebelum ni ana tak pernah dengar pun nama maahad..T.T...hmm sampai je maahad memang sejuk mata memandang..baaaaanyak pokok..hijau je kan..*jom nyanyi lagu hijau..hehe
    hmm..kita nak imbau apa kat maahad..tajuk pun cikgu..mestila nak cakap pasal cikgu kan..tingkatan 1 zaman muda remaja lagi ni..masuk pun macam blur je lagi kan..ikut jela apa yang akak-akak cakap..tapi lama-lama dah biasa ok la..ingat lagi ana masa tu dalam kelas 1 Umar..ana dpt kelas ni berdasarkan ujian bahasa arab masa mendaftar..huhu..belakang jugak..takpe..janji kita nak belajar kan..masa form ni memang ngaku le main-main jugak..macam-macam la..result exam pun tak seberapa..paling ingat dialog cikgu sains ana bila bagi kertas exam yang telah ditanda..bila nama ana dipanggil dengan senyumnya pergilah meja cikgu semangat nak tengok markah la katakan..cikgu cakap "haa..ni senyum-senyum lagi..markah tu tengok.."..lain macam bunyi..huhu..tengok markah memang sedih la..masa ni mungkin ana banyak main jadi markah pun tuuuut..sejak hari tu..ana memang sedar dan tahun berikutnya ana masih kekal di kelas yang sama tapi mulai tingkatan 2 ana mula bertekad dan belajar betul-betul..alhamdulillah..naik tingkatan 3 ana berjaya naik kelas..sebenarnya tak kisahlah kita dalam kelas mana pun yang penting kita belajar kan...apa-apa pun terima kasih cikgu menyedarkan ana..
       Kejayaan bersama sahabat-sahabat dalam PMR sangat menggembirakan lebih-lebih lagi kepada cikgu-cikgu kami..tapi..kejayaan dalam PMR belum tentu menjamin kejayaan seterusnya..orang selalu kata tingkatan 4 zaman honeymoon ye..kenapa eh..perkara pertama cikgu pesan bila masuk kelas form 4 ialah "jgn ingat form 4 ni masa honeymoon awak ye.."..mula-mula memang la seronok bila jumpa kawan-kawan tapi ni nak belajar subjek baru ni..ada add maths,biology,fizik,kimia..nak belajar benda baru memng kita kena fokus..cikgu pun pernah cakap "kuasai subjuk form 4 ni nanti bila form 5 lebih mudah"..betul seratus dua puluh peratus apa cikgu cakap..kalau main-main masa form 4 ni memang nanti nak ulang balik masa form 5 payah jugak..SPM menanti ni..
     tamat form 4 beralih masa form 5..tahun terakhir berada di maahad bersama kawan-kawan dan cikgu-cikgu..Ustaz Zainaphi promote kami masuklah tingkatana 6..hoho..macam-macam dengar..tapi apa yang menjadi hala tuju kami masa tu SPM *Sijil Paling Mudah ye..fuh..jenuh cikgu-cikgu bertungkus lumus.tak cukup dalam kelas masa P & P,petang ada kelas tambahan pulak..yang kami ni kadang-kadang rajin tu baguih la..kalau duk tersenggug-sengguk tu ruginya rasa..apa-apa pun tahun yang mencabar bagi kami kerana pada pertengahan tahun ni juga kami kehilangan penegtua kami iaitu Allahyarham Tuan Haji Ibrahim bin Yunus..memang  mengejut dan kami benar-benar terasa kehilangan beliau..walaupun tak mengajar secara formal di dalam kelas tapi dia mengajar kami tatkala dia berucap juga memberi tazkirah..kini,tiada lagi kedengaran suaranya menjadi imam maghrib juga menyampaikan tazkirah-tazkirah yang menusuk jiwa..semoga rohnya dicucuri rahmat..kata-kata nya yang masih diingati "manusia ni tak jahat...syaitan sekeliling ni yang jahat"..mendalam maksudnya...
    hmm nak cerita sorang-sorang cikgu yang ajar memang panjang..jom biar gambar berbicara sebentar..


semua cikgu yang pernah mengajar ana..terima kasih cikgu!


cikgu Hassan a.k.a cikgu fizikku..cikgu nanti saya belajar fizik lagi di usim..=)

teacher Saaidatul! cikgu biology ana.."kamu ni..sungguh kurang sopan.."hehe

ustaz Solahuddin guru Bahasa Arab dari tingkatan 4 sampai tingkatan 5
selalu kata kepada kami "kamu hebat!"

Ustazah Rabiatul..mengajar Al Quran dan Sunnah
"kamu..kalau tak dapat A+ .."huhu..subjek yang best!


          banyak lagi cikgu-cikgu yang mengajar ana tapi nak tulis semua tak padan kot..Cikgu Zarinah Zakaria guru add maths yang mantop!teacher Rohani juga mentorku yang mengajar Bahasa Inggeris yang sangat baik hati..Ustazah Marzilah yang selalu berkata "betulkan yang biasa,biasakan yang betul!"..cikgu Ezana dan cikgu Hazmini cikgu sejarah!huhu.."ingat tarikh dan peristiwa tu"..tak lupa juga Ustazah Wan Nur Adibah naqibah ku merangkap guru Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) yang menjadi tempat rujukan ana dalam menjalankan tugas yang diamanahkan..hmm..banyak lagi yang nak disebut tapi banyak sangat..sungguh!tak menyesal belajar di Maahad Hamidiah..cikgu-cikgu yang komited dan sentiasa bertungkus lumus..pengorbanan cikgu-cikgu terbals dengan kejayaan yang kami hadiahkan buat kalian..terima kasih semua cikgu yang telah mengajar ana walau sepatah huruf pun..Allah saja yang dapat membalas jasa kalian..doa tidak putus buat kalian juga..


*nota kaki : asif lambat sangat nak update..insyaAllah akan ada post sebelum melangkah ke dunia baru!terima kasih kerana masih singgah di sini...syukran jazilan...^__^



Label: , ,


4 comment(s)
POSTED ON Rabu, Mei 18, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim...

post yang ringkas iaitu sebuah lagu nasyid untuk dikongsi..asif jiddan belum sempat sambung entri sebelum ini tentang cikgu atas kesihatan yang kurang baik...ana gagahkan untuk mengisi kekosongan sebelum ana sambung entri sebelum ini ye...jom sama-sama kita hayati lirik nasyid ni dan muhasabah...



Jalan Pulangku oleh UNIC

Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
ku adukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku (2X)

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

Tak ku temu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....


wallahu'alam...

Label: ,


0 comment(s)
POSTED ON Isnin, Mei 16, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim....

tajuk post kali ini cikgu..hmm mesti dah dapat agak apa yang ana nak cerita dalam post kali ni..
16 Mei 
tiap tiap tahun di sekolah kita sambut
dari tadika, sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah..
kali ini ana teringin nak mengimbau nostalgia lama dengan guru-guru ana sejak ana kecil lagi..

[ 1998-1999 ]

>> ana berumur 5 tahun..mak ana menghantar ana ke tadika..kalau tak silap ana Taski Abim Saidatina Fatimah...taski ni terletak di Taman Seri Serdang..kebetulan memang dari pagi sampai petang ana tinggal di taski ni sebab mak ana kerja..macam-macam ana belajar di sini..mula-mula belajar ABC..belajar alif ba ta..belajar 123..macam-kenangan ada..pahit manis semua ada..ingat lagi masa kena marah dengan ustazah..huhu..tak dapat dilupakan..bila mengaji kena marah sebab salah..kena marah sebab lambat..hmm..tapi bila dikenang semula masyaAllah..dengan marah itulah ana mula bersungguh nak berubah..dengan ketegasan itulah ana belajar dengan harapan menjadi lebih baik..terima kasih semua ustazah-ustazah yang sabar mengajar ana..hanya Allah yang dapt membalas jasa kalian..

[ 2000-2005 ]

>>  mula bersekolah..zaman sekolah rendah adalah zaman kanak-kanak ribena..hehe*betul ke??
ana telah berpindah rumah pada tahun 2002 jadi banyak la sekolahnya..jom senaraikan sekolah ana

.: sekolah kebangsaan :.

1- Sekolah Kebangsaan seri Serdang (Seri Kembangan)
2-Sekolah kebangsaan Semenyih
3-Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching

.: sekolah agama :.

1-Kafa Mnabaul Ulum Seri Serdang
2-Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih

      ingat lagi mula-mula masuk sekolah darjah satu..guru kelas yang paling baik dengan ana namanya Puan Mardiati..cikgu ni ajar ana matematik..ana masih ingat lagi satu hari ana dipanggil sebab dalam ujian ana salah jawab sedangkan soalan tambah tolak yang sangat mudah..huhu..di situ dapat kenalpasti kelemahan ana yang careless ataupun kadang baca soalan tak habis..pengalaman betul..kes yang sama ketika masuk darjah dua..cikgu tulis lain kat papan hitam tapi bila kat buku tulis lain pulak ditulisnya..tak cukup huruf la..memang kena marah..yelah bahasa melayu..salah eja memang kena la..
     ini alkisah sekolah agama pulak..bangun pagi pergi sekolah agama..kenangan tak dapat dilupakan kena tunjuk demo solat kat depan kelas..huhu..malu jugak..tapi tak pe ustazah..saya dapat belajar sekali..seronok sangat...kawan-kawan pun dapat belajar..kemudian masa di Kafa Seri Serdang ada Amal Islami..macam-macam pertandingan ada..marhaban..dialog bahasa arab..ingat lagi ustazah ajar marhaban..huhu..best sangat..walaupun kecik-kecik memang tak paham le..di Semenyih pun ada Amal Islami..masuk pertandingan khat..ustaz yang paling baik dengan ana Ustaz Najib..bila dah naik darjah 4 5 dan 6 sekolah sesi petang pulak..macam macam ragam ada..macam biasa sebelum balik kena solat asar dulu..bila waktu terakhir je mula la kelam kabut kemas-kemas beg..ingatkan tak sabar nak solat rupa-rupanya tak sabar nak balik..haih..zaman kanak-kanak ribena..macam-macam kan..hmm..cuba ingat nama ustazah-ustazah..

    Ustazah Ida Nilyati (Feqah + guru kelas 2003)
    Ustazah Saudah (Tauhid 2003-2005)
    Ustazah Hermawati (Bahasa Arab 2003-2004)


       banyak lagi sebenarnya tapi tak berapa ingat..huhu..tak ingat tak bermakna lupa kan?ana sentiasa ingat ustaz dan ustazah yang mengajar ana macam-macam..dari tak tahu apa-apa hinggalah tahu dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan..alhamdulillah..banyak lagi nak cerita tapi nanti dah jadi kisah hidup pulak kan..takpe..kita teruskan pengembaraan kita ke zaman kanak-kanak ribena juga..hehe..sekolah kebangsaan pulak..

    Darjah 1 hingga darjah 2 di Seri Serdang..kemudian darjah 3 di Semenyih..sambung lagi darjah 4 hingga darjah 6 di Bandar Rinching..cikgu-cikgu yang ana masih ingat namanya kalau tak silap le..
 
    Puan Mardiati (matematik kesukaanku..!)
    Puan Zainita (Bahasa Melayu juga merangkap cikgu pidato..huhu)
    Puan Noraini (Bahasa Melayu juga)
    Puan Marzatul Dashima (Matematik)

    eh banyak lagi..hmm..nak senaraikan nanti jadi macam majalah sekolah pulak kan..kenangan paling tak dapat dilupakan bersama Cikgu Zainita ketika berlatiah untuk pertandingan pidato..nak dijadikan cerita latihan buat pada hujung minggu..jadi ana pun kayuh la basikal pergi sekolah..nak dijadikan cerita ana pergi dengan kawan ana yang juga berlatih untuk sajak..sebelum sampai sekolah kami singgah kedai dekat-dekat situ sebab nak beli air..kalau tak silap ana dan kawan ana beli air kotak dan sebotol air gas*waah..bagus betul beli air gas ye..sampai je sekolah cari port nak minum jap..baru nak teguk air gas tu je.."eh..kenapa minum air gas tu?nanti lupa teks macam mana?bagi cikgu air tu!"..huhu..cikgu Zainita bersuara..terkejut kami..melepas lah..nak buat macam mana kan..sejak kejadian tu memang jarang sangat beli air gas..orang lain beli baru minum..kalau nak beli sendiri memang tak lah..haa..tiba-tiba teringat dulu masa darjah 4 tak silap..masa tu ana ni kirasubjek matematik macam lemah sikit la..*sikit ke?..tapi memang ana minat subjek ni..kebetulan cikgu yang ajar ana matematik ni memang baik dengan ana..selalu jugak dia tegur ana tentang markah matematik yang agak lemah..memang sedih jugak lah..akhirnya ana pun ambil inisiatif buat latihan banyak baaaaaaanyak..alhamdulillah bila cikgu ajar tambah latihan ana dapat meningkatkan prestasi..terima kasih Cikgu Zaidah!


         rasa macam dah panjang..di sini ana nak ucapkan terima kasih banyak baaaaaaanyak kepada semua cikgu yang telah mengajar ana di taski,sekolah rendah mahupun menengah..Allah je yang dapat membalas jasa kalian..doa dari anak muridmu ini untuk semua guru-guru yang siang malam bertungkus lumus mendidik ..berkat dan usaha cikgu semua terbalas dengan keputusan peperiksaan UPSR dan PSRA..alhamdulillah..


last but not least! 

*nota kaki : nak sambung post ni tapi nak cerita pulak cikgu-cikgu maahad tercinta!
 asif jika ada pembaca yang mengharap entri yang lebih baik..bila dah habis zaman  sekolah rindu sangat sampai terimbau-imbau..^__^
   




Label: , ,


2 comment(s)
POSTED ON Ahad, Mei 15, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim..


alhamdulillah syukur masih lagi diberi nyawa 
masih lagi mampu bernafas
masih lagi mampu mencelik mata
masih lagi mampu mencoret di sini
asif jiddan *minta maaf sangat2 kerana tidak dapat membuat entri baru dalam 2 hari sebelum ni atas sebab:

1- dashboard blogger tidak dapat dibuka kerana sedang diservis mungkin
2- kesibukan menguruskan pelbagai perkara = USIM and etc..

ok post kali ini masih lagi nak menyentuh tentang marah..serba sedikit lagi ingin diesentuh juga mungkin buat pembaca setia yang mencadangkan *terima kasih daun keladi ye

kali ini ana nak kongsikan sebuah cerita juga dari buku 30 Wasiat Imam Syafie,..alkisahnya....~
 
     Pernah ditanya Anaf bin Qais,bagaimana dia dapat mengekalkan sifatnya yang lemah lembut.Ahnaf menjawab,"Aku belajar dengan Qais bin Asim.Pada suatu hari,sedang berehat-rehat,masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas.Belum sempat daging itu diletakkan di hadapan Qais tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.Menjerit-jeritlah si anak kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia.
     Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman, 'Aku bukan sahaj tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu'.Begitulah sopan santun dan pemaafnya Qais bin Asim," kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.
     Bukan Qais tidak menyayangi anaknya,tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah daripada Allah.Jika dia bertindak memarahi hambanya,hakikatnya dia memarahi Allah.Dia reda dengan ujian yang ditimpakan kepadanya.Tidak ada dalam kamus hidupnya perkataan kalau ataupun barangkali.Dia tidak merasakan dirinya 'tuan',kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah daripada Allah..Apabila sampai masanya,Allah pasti akan mengambil kembali.

      Lihat..sebegitu sekali sifat pemaaf yang ada pada diri Qais yang seterusnya dengan sifat pemaafnya itu dia dapat mengelakkan kemarahan..justeru bagi ana cara yang paling mudah untuk menghindari marah adalah dengan menjadikan diri kita ni seorang yang pemaaf..ya..bukan senang nak jadi pemaaf lebih-lebih lagi apa yang membuat kita marah itu sangat besar dan sukar dimaafkan..tetapi kita haruS belajar dan terus belajar untuk cuba menjadi pemaaf kepada orang lain dan juga kepada diri kita sendiri..perlu ingat jika kita membuat kesalahan pada Allah kita dapat meminta maaf dengan erti kata lain memohon keampunan..tetapi dengan manusia kita perlu meminta maaf..hal ini sangat penting sebelum kita meninggalkan dunia..cuba bayangkan jika kita tidak memaafkan sesorang itu di dunia..tidakkah nanti orang tersebut terpaksa mencari kita di padang mahsyar nanti?mudah kah nak mencari kita apabila kita di  sana yang dipenuhi dengan semua manusia?jadi,bukankah lebih baik kita maafkan sahaja di dunia ini moga tenang saat perhitungan di padang mahsyar nanti..letak tepi marah itu dan maafkanlah..buang yang keruh ambil yang jernih..

sedikit perkongsian lagi untuk diambil iktibar bersama :

Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW. “Berilah wasiat kepada aku”. Sahut Nabi : “Janganlah engkau marah”. Kemudian dia mengulangi beberapi kali. Sabda nabi: “Janganlah engkau marah.” Riwayat oleh Imam Bukhari.

Sabda Nabi pada hadis yang lain: “Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam”. Cuba kita lihat bagaimana jika seseorang dalam keadaan marah. Kedua-dua matanya merah dan urat lehernya akan kelihatan timbul. Rasulullah pernah menerangkan: “Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwudhuk”.


Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami: ”Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring”.




Akhir kalam ingatlah orang yang gagah itu bukanlah kerana ia mampu menjatuhkan lawannya tetapi dia mampu menahan diri dari kemarahannya..

wallahu'alam~


Label: , ,


2 comment(s)
POSTED ON Rabu, Mei 11, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah diberi kesempatan mencoret sedikit sebanyak untuk perkongsian bersama
post kali ini hanya nak kongsikan dari sebuah buku yang ana baca tajuknya

30 Wasiat Imam Syafie oleh Khairul Ghazali

inilah bukunya~
memandangkan buku ana baru baca sebahagian daripada buku ni hari ini ana kongsikan satu tajuk yang menarik yang telah ana baca iaitu Hindari Perasaan Marah..

Tajuk ini dimulakan dengan kata-kata yang berbunyi
      "Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun.Oleh itu,hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.. "
                                                                                               - Imam Syafie -

     Kita pergi pula pada asal usul marah dah bahayanya..ana ambil point yang pertama iaitu asal usul pemarah itu..sifat pemrah ini berasal daripada sifat sombong atau ego..lagi besar ego seseorang itu lagi besarlah amarahnya..cuba kita lihat kebanyakan orang yang ego amat susah dan payah untuk mengalah kan..kalau boleh nak menang dan menang..hal ini cuba dapat dikaitkan dengan kedudukan,besar pangkat dan banyak harta..lagi tinggi pangkat,harta dan kedudukan makin tinggilah egonya..*na'uzubillah

   Kenapa mesti marah?kadang-kadang kita marah sebab ada yang membuatkan kita marah dan adakalanya kita marah dengan diri sendiri juga kan..namun setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian kepada kita.Allah mahu melihat bagaimana kita bersabar dan malu kepada Allah..Apabila marah diturutkan,ia membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tersisa kecuali barah dan debu.

macam mana nak atasi perasaan marah ni?huhu..saya tak tahu lah...

haa...dalam tajuk ni juga ada disenaraikan macam mana kita nak atasi perasaan marah ni..ana cuba senaraikan ye..

1- Mula-mula rasa malu dengan Allah dengan segala tindak tanduk kita..inila peranan hati kita merasa Allah sentiasa ada memerhatikan kita kan...

2- Apabila nak marah tu ingatlah kita ni hanya manusia yang hina..

3- Banyakkan berdiam diri dan berdoa pada Allah..ana kalau marah biasanya lebih selesa diamkan diri..dan lebih baik jika sedang berdiri duduklah..jika sedang duduk baringlah..kemudian istighfar dalam hati banyak-banyak..insyaAllah..

4- Ingat kesan bila kita marah..mungkian akan timbul permusuhan dan pergaduhan..mesti tak nak kan jadi macam tu..?

5- Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita bila marah..kalu tak pernah tengok cuba tanya sapa yang pernah tengok..mesti tak nak marah dah bila tau kan..

6- Kalau marah tu dah memuncak ambillah wudhuk sebab wudhuk dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara...

7- Tak dapat hilang jugak dengan cara di atas?tidurlah.biasanya bila tidur dapat meredakan perasaan marah..

8- Apabila kita bersalah,mesti kita tak suka orang marah kita kan?begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan..mereka juga tidak suka dimarahi..jadi,tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang..

Kesimpulannya..memang bukan senang kita nak hindari sifat marah ni kan?apa yang ana kongsikan ini mungkin dapat sedikit sebanyak dapat meredakan perasaan marah itu..yang penting kita usaha kan?usaha nak hindar dan redakan marah itu..wallahu'alam..


*nota kaki : post kali ini banyak diambil dari buku ini dan ana hanya cuba sampaikan dalam bahasa yang mudah..moga kita semua dapat amalkan dan sampaikan ye!!


Label: , ,


4 comment(s)
POSTED ON Selasa, Mei 10, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim..

asif jiddan 2 hari ni tak dapt mencoret di blog..post kali ini ana ingin kongsikan sebuah lagu yang menarik..
*bagi sesiapa  yang berminat 
hmm atas kesibukan menguruskan kemasukan ke universiti ana akan cuba coretkan sesuatu buat pembaca pada masa akan datang..insyaAllah..
ok ni lagu yang ana ingin kongsikan buat semua sahabat..semoga dapat menghayati..


Satu Cinta by Star five (star5) 


Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia




Label: ,


0 comment(s)
POSTED ON Ahad, Mei 08, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim...


   Hari ini 8 mei 2011..tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni rajin mencoret di blog ni..alhamdulillah..hmm santai santai bersama keluarga petang tadi sambil menonton televisyen..alkisahnya cuba kita tengok di tv sekarang banyak iklan tentang hari ibu kan?bila hari ibu?duk iklan tapi takda pulak bagitau hari ibu adalah pada sekian sekian tarikh..dengan segala inisiatif yang ada google la..maklumat di hujung jari katakan..*bak kata sahabat ana maklumat di hujung kuku..tak kisahlah..mr. google pun keluarkanlah banyak-banyak tarikh..ooohhh..8 mei rupanya..tapi kalau kita perasan kan orang selalu kata sebenarnya hari-hari ialah Hari Ibu..jadi hargailah ibu anda..tapi betul tu setuju 185%..tapi pada pandangan ana Hari Ibu ni kira dapat mengingatkan kita tentang segala jasa ibu kita kan..mungkin ada yang jauh dari ibu..jadi dengan adanya hari ibu ni sekurang-kurangnya kita ingat ingat dan hargai ibu kita..

        haa. macam biasa kalau anda perasan selalunya tiap kali ada sambutan hari raya ke mesti ada rancangan-rancangan yang memaparkan suasana hari raya...petang tadi buka siaran astro ada satu drama tajuknya Atas Nama Ibu..mula-mula tak tengok pun sebab tak faham..tapi bila sampai part-part kemuncak tu macam menarik jadi cubalah tengok..baca tajuk pun boleh agak kan tentang apa..macam selalu kita tengok tentang anak-anak yang lupakan ibu..drama ni lebih kurang macam tulah jalan ceritanya..


      Dalam drama tersebut menceritakan tentang anak-anak yang lupakan emaknya tapi cuma ada seorang anak lelaki dia yang betul-betul jaga dan hargai mak dia..walaupun emak dia masuk penjara..yang paling ana suka dialog anak yang menjaga emaknya itu (ana namakan Roslan) apabila berhadapan dengan abang dan kakaknya yang langsung tidak menghormati emak mereka..

   Alkisahnya mereka adik beradik mempunyai sebuah syarikat..Roslan yang banyak menguruskan..dalam satu scene di mana mereka adik beradik ingin membuat satu keputusan..apabila berkumpul berbincang dengan semua dan mereka bersetuju..kebetulan emak mereka berada di situ..

Roslan : hmm...emak macam mana perjanjian ni..ok tak?


Emak   : mak rasa ok je kalau kamu semua setuju dan kalau itu yang terbaik..


Abang  : buat apa tanya mak ni..bukan tahu pun pasal perjanjian ni..dah lah dalam bahasa inggeris..bukan faham pun..


Kakak  : yelah..mak tak tengok pun perjanjian tu kenapa nak tanya mak..


Roslan  : hmmm..saje..nak ambil berkat..

ana highlight kan kata-kata Roslan "saje..nk ambil berkat.." 

ayat tersebut banyak kali disebut oleh Roslan..hatta ketika mereka berbincang untuk memilih seorang pekerja yang telah ditemu duga..pandangan emak sentiasa diminta oleh Roslan..

ana ingat lagi satu dialog..

Abang : kenapa mesti tanya pendapat emak?emak bukan tahu apa-apa pun tentang syarikat..


Roslan : abang tahu tak masa mak kat penjara tu..saya selalu mintak pendapat mak tentang syarikat..cuba abang tengok..syarikat kita maju..

lihat..bila seorang anak yang sangat menghargai ibunya..*semasa di penjara Roslan selalu melawat emaknya
mungkin kita lihat ayat "saje..nak ambil berkat.." macam kecil je..tapi kalau ditekan pada perkataan berkat itu..masyaALLAH...satu perkara yang amat penting dalam hidup kita..apa jua yang kita lakukan kalau tiada keberkatan maka tak jadilah seperti apa yang kita mahu kan..

apa yang dapat ana simpulkan di sini kepada semua mesej yang nak disampaikan sempena hari ibu ini mari kita sama-sama menghargai dan mendoakan ibu kita yang telah menjaga kita...bagi yang masih mempunyai ibu sama-sama kita hargai mereka..dan bagi mereka yang telah kehilangan ibu doakan ibu anda sentiasa tenang di sana ya...buat semua yang bergelar ibu,emak,ummi,bonda,mama,mummy...

terima kasih kerana menjaga kami
terima kasih kerana mendidik kami
yang paling penting terima kasih kerana melahirkan kami!!



wallahu'alam

*nota kaki : besarnya pengorbanan ibu melahirkan..ana ada ceritakan serba sedikit di sini.. asif jika entri terpanjang..

Label: ,


0 comment(s)
POSTED ON Jumaat, Mei 06, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim..

Allah knows the best right?
ya..Allah tahu yang terbaik kan..

setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
sedih
gembira
tawa
tangis
bukan sia-sia
andai kau tahu apa yang tersirat
Allah mendidikmu
Allah mengingatkanmu
Allah menguji keimananmu
bersyukurlah kerana Dia masih mengingatimu
bersyukurlah kerana Dia sayangkan dirimu
dengan itu Dia mengujimu
di hujungnya manis jua...

alhamdulillah hari ini keputusan UPU keluar..fuhh..masing-masing menanti detik-detik 12 tengahari..ana pun sama..taku jugak nak cek ni..macam-macam dalam fikiran..dapat ke..kalau dapat kat mana?pilihan yang nak ke?pagi-pagi lagi mak dah tanya

emak   : dah keluar ke result?
ana     : result apa mak?*eceh buat tak tahu pulak...UPU ke?
emak  : yele..
ana    : oh..tengahari ni pukul 12 mak..
emak : ok..nanti bagitau mak..SMS mak..
ana   : orait...

berapa kali duk buka tutup laptop..pukul berapa dah ni...haa..dah 12.15..tapi takut line sesak pula ramai-ramai serbu..almaklumlah pejar SPM 2010 ni ramai belaka..takpe takpe cek je..klik klik link itu ini lepas tu masuk no IC..jeng jeng!!



alhamdulillah..walaupun sebenarnya pilihan pertama ana farmasi dan UIA..tapi takpe..pergigian ni kira macam pilihan kedua ana..mungkin inilah yang terbaik..SMS mak dan ayah..kemudian terus teringat seorang sahabat..call dia..ecece..ana tolong cekkan...waaaah..alhamdulillah..sama dengan ana..dan dia memang sangat seronok sebab berminat..insyaAllah...tiada aral melintang jejak lah kaki ini ke bumi USIM...juga buat sahabat-sahabat yang lain..tumpang gembira..yang tak dapat insyaAllah rezeki Allah banyak..Dia dah aturkan yang terbaik..wallahua'lam..~

hmm satu perkongsian kata-kata dari seorang sahabat..
"apa2 masalah kat dunia..semua ada penyelesaian..jgn sesekali bimbang..masalah di dunia..sekali kita gagal..kita boleh berusaha untuk bangkit kembali tetapi..masalah di akhirat.sekali kita gagal..seterusnya..dan seterusnya..dan seterusnya kita gagal..Wallahualam.."



* nota kaki : doakan yang terbaik buat ana dan sahabat-sahabat ana menuntut    ilmu..insyaAllah~







Label: , ,


0 comment(s)
POSTED ON by Nuur Shahirah \\
bismillahirahmirrahim...

entah kenapa kebelakangan ni banyak yang difikirkan
macam-macam
hendak dicerita tak tahu pada siapa
Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasa

kenapa aku rasa macam ni
Allah.......
astaghfirullah...
astaghfirullah...
ya Allah..
aku tak tahu ke mana lagi aku nak mengadu
engkau mengetahui segala-galanya
bantu aku ya Allah
aku tak nak aku jadi lemah
aku tak mahu jadi sedih
biarlah aku lemah hanya sebagai seorang hamba di hadapanMu..
biarlah aku sedih kerana mungkin aku terlalu jauh dariMu


tapi...
jangan biar aku lemah kerana sesuatu yang tidak pasti
jangan biar aku goyah kerana sesuatu yang sia-sia
jangan lah aku sedih kerana nikmat dunia yang tiada nilai di sisiMu


Ya Allah..
damaikan hati ini
tenangkan jiwa ini
bersihkan hati dan jiwa ini
yang mungkin selama ini tersasar dariMu


biarlah dia menyepi
biarlah dia pergi
tapi...
jangan Kau ya Rabbi tinggalkan aku 
terkapai-kapai...
hilang arah..
aku tahu Kau tak pernah meninggalkan hamba-hambaMu
mungkin aku yang lupa padaMu


Allahumma ya muqallibal qulub...
Engkau tahu segala-galanya
coretan ini hanya sebahagian
tapi Engkau tahu lebih dari itu ya Rabbi..
aku memohon padaMu
berilah aku kekuatan
berilah aku keyakinan
yang teguh
yang jitu
pada semua janji-janjiMu
Allahurabbi...





biarlah titisan air mata ini keranaMu
terima kasih ya Allah
kerana memberi rasa ini
agar aku kembali meraih cintaMu
agar aku senantiasa mengingatiMu
alhamdulillah...~


*nota kaki : asif sekali lagi entri yang biasa-biasa..hanya luahan dan monolog yang berlegar-legar di fikiran..



yang mencari ,

Label: ,


0 comment(s)
POSTED ON Rabu, Mei 04, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahminirrahim....


semakin jauh ku dari Mu semakin dekat pula Kau menghampiri aku
tak tahu nak tulis apa
ini yang aku rasa
ini monolog aku....

a : kau kenapa macam ada sesuatu yang merungsingkan
b : aku tak tahu apa yang aku rasa..kenapa aku jadi begini...
a : cuba kau cerita..mungkin aku boleh bantu?
b : aku pun tak tahu macam mana aku nak cerita sebab...aduh..Allah saja yang tahu..
a : hmmm..aku tak dapat bantu kau..
b : aku minta maaf..aku nak cerita tapi aku tak tahu apa yang aku nak ceritakan pada kau
a : tak mengapa..aku faham..mengadulah pada Yang Mengetahui..Dia tahu segalanya..aku doakan kau tenang ya..

dalam hidup banyak perkara kita boleh kongsi bersama
tapi...
bukan semua
ada yang tak dapat diungkapkan
macam-macam yang kita rasa
sedih ada
kecewa?marah?
kadang-kadang kita dapat luahkan
kadang-kadang hanya kita yang rasa dan tak dapat diluahkan
lalu...ke mana kita nak mengadu??

siapa yang tahu isi hati kita?
siapa yang tahu segala-galanya?
siapa yang faham apa yang kita rasa?

Allahurabbi...
ya..Dia tahu segalanya
apa yang tersurat
apa jua yang tersirat

b : tapi a aku bersyukur..
a : kenapa?
b : Allah bagi aku rasa begini..meski aku tak tahu kenapa dan apa yang aku rasa ini..
a : hmmm..
b : aku kadang-kadang menangis tapi aku sendiri tak tahu kenapa..
a : kemudian?
b : aku mengadu pada Dia...sebab Dia tahu segalanya..biarlah dia yang menenangkan aku..bila aku rasa begini baru aku sedar..mungkin aku makin jauh dariNya..Dia sedarkan aku..
a : kalau begitu baguslah..moga kau mendapat ketenangan itu...tapi aku sentiasa ada jika kau nak luakan..

janjiNya sentiasa ada
sesungguhnya dengan mengingati Allah hati kan menjadi tenang....
mungkin salah aku juga
mungkin aku yang terleka
mungkin aku yang alpa

biarlah rasa ini Dia yang tahu
kerna Dia lebih mengetahui
agar aku kembali dekat
agar aku kembali bangun
agar aku kembali sedar
agar aku sentiasa bersyukur...
kerna Allah tidak pernah meninggalkan hamba-hambanya
Allah..forgive me when i whine...

>>>akhir kalam sebuah lagu bertajuk forgive me dari Ahmed Bukhatir..




*nota kaki : entri ini mungkin juga luahan dan mungkin juga satu perkongsian buat saya dan pembaca..maaf sekiranya mengharapkan entri yang lebih baik..



wallahu'alam

yang terjaga,

Label: ,


2 comment(s)